
Hackers mula tunjuk rasa tidak puas hati dengan tindakan israel menyerang palestin. Pelbagai cara atau kaedah yang dilakukan lapisan masyarakat bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap israel di atas kekejaman membunuh dan merompak keamanan rakyat palestin. Demontrasi jalanan menjadi pilihan terakhir bagi menyatakan hasrat itu. Manakala ada sesetengah pengguna komputer (penggodam) lebih gemar menggodam laman web israel seperti mana yang dilaporkan oleh Harakahdaily.net. Ikuti laporanya..
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Hrkh) - Akibat kekecewaan dan kemarahan memuncak terhadap Israel yang tidak berperikemanusiaan membunuh lebih 400 orang pendudk Palestin yang tidak berdosa menyebabkan laman-laman web Israel juga mendapat padah.
Menurut laporan Al.com lebih 300 laman web Israel telah digodam sepanjang minggu dan digunakan untuk menyebarkan dakyah anti Israel dan anti Amerika.
"Sebaik sahaja Israel mengembomkan Gaza, kita mengesan tindak balas siber dan menemuinya," kata Gary Warner seorang komputer forensik daripada Universiti Alabama di Birmingham.
Katanya pro-Palestine 'hackers' menggantikan laman web asal dengan yang lain, berkaitan politik.
Kata Warner situasi propaganda perang seperti ini pernah berlaku pada tahun 2001 ketika 'hackers' China menggodam 1,000 laman web kerana mengecam insiden yang melibatkan Jet China dan kapal terbang milik tentera udara Amerika. - azm _
Read 0 Comments... >>






Minggu lepas saya menghadiri pra perasmian pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Program ini dijangka berlangsung pertengahan bulan april. Saya bersama seorang rakan dilantik sebagai salah seorang penggerak program ini. Tugas saya mudah aje, tapi perlu ada komitmen, iaitu update laman web pesta buku dan buat kerja-kerja yang melibatkan publisiti. Nampak gayanya dari kampus sampai lah sekarang, tugasan itu sentiasa terpaut.