Tetamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini3
mod_vvisit_counterSemalam12
mod_vvisit_counterMinggu Ini21
mod_vvisit_counterMinggu Lepas87
mod_vvisit_counterBulan Ini73
mod_vvisit_counterBulan Lepas4112
mod_vvisit_counterKeseluruhan82753

Online (20 minutes ago): 1
Your IP: 38.107.179.211
,
Now is: 2012-02-07 11:03

Online YM

JoomImages for JoomGallery

  • Dataran Merdeka
  • Description: Dataran Merdeka
  • Program Pesta Buku Kanak-Kanak
  • Description:

    Pesta Buku Kanak-kanak

  • Kampung Budaya
  • Dun Negeri Sarawak

Ahli Parlimen padang Terap

Kupon Diskaun PTS

Network Blog

Social Network

JoomGallery Stats for JoomGallery MVC BETA

  •   20
Search Image yang akan diperkenalkan oleh Google
Rabu, 15 Jun 2011 08:02

Add a comment
 
Lebih 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan
Khamis, 19 Mei 2011 06:31

Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

lok yim pheng nutp sec gen 060905Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

education school science class 040405Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

 

Ramai tak puas hati

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

sekolah menengah high school girls uniform"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernamamengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

the antidote article sarawak native logging school children 280409 01"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.

 

sumber : http://malaysiakini.com/bm

Add a comment
 
Guru O Guru - Osman Awang
Isnin, 16 Mei 2011 07:49

 

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

 

Add a comment
 
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
Khamis, 21 April 2011 23:07

Booth PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Memang sengaja PTS memberikan kelainan. Setiap tahun ada sahaja idea 'gila-gila' daripada staff PTS. Kali ini PTS menampilkan warna yang agak terang, memang berlawanan dengan warna-warna booth lain di sekitar PTS.  Semoga Pesta Buku kali ini lebih menarik dan memberi lebih banyak manfaat kepada kita semua.

Add a comment
 
HP mini 110
Khamis, 07 April 2011 16:49

p Mini 110 memang membuatkan aku hura-hara. sudah 2 hari cuba install windows XP dalam laptop ini. tetapi sampai sekarang masih belum berjaya. Apabila bertanyakan kepada pakcik google ada beberapa cara penyelesaian, kena compile kan kembali driver hardisk bersama-sama dengan cd windows. wah.. susah betul. Sekarang masih mencuba, harap-harap kes ini tidak berterusan sehingga hari ketiga.

Add a comment
 
KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011
Rabu, 06 April 2011 11:09

KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011
07 MEI 2011 (SABTU)
DEWAN SEMINAR, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM (MASJID NEGERI SELANGOR)

PENGENALAN

Riba merupakan elemen teras yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Dasar ini telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman”

Negara Malaysia bolehlah dikira sebagai antara pelopor penting dalam perkembangan industri kewangan Islam. Penubuhan institusi kewangan Islam dalam konteks Malaysia adalah langkah penting dan praktikal bagi membebaskan umat Islam daripada cengkaman riba. Sejak penubuhan perbankan berteraskan syariah yang pertama pada era 80-an iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, sehingga kini telah terdapat lebih 17 buah perbankan Islam yang telah diberikan lesen operasi oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Add a comment

Baca Lagi... [KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011]
 
Outing KL Mac 2011
Rabu, 30 Mac 2011 06:04

Gambar dalam Central Market (CM)

Kasturi Walk sebelum orang ramai bersesak-sesak

 

Palancong asing yang berminat membeli barangan cenderahati boleh lah datang ke Kasturi Walk.

 

Dari Dataran merdeka ke Kasturi Walk mengambil masa 5 minit.

 

 

 

 

Add a comment
 
Kupon Bananza PTS
Jumaat, 25 Mac 2011 20:09

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 

Tuan dan puan,

 

Kami di PTS doakan tuan dan puan sihat walafiat.

 

Terima kasih kerana berminat mendapatkan Kupon Diskaun Bonanza PTS. Kami di PTS pasti tuan dan puan sudah tidak sabar-sabar lagi mahu berkunjung ke booth PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011). Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh peminat buku PTS kerana mereka berpeluang memborong buku PTS pada harga diskaun bermula dari 15% sehingga 30% (tertakluk pada syarat).

 

Pelbagai hadiah turut ditawarkan kepada para pengunjung. Bagi tuan dan puan yang berminat bertemu dan mendapatkan tandatangan daripada penulis PTS, inilah masanya. Pelbagai aktiviti diatur kali ini. Dapatkan pelbagai info mengenai PTS sempena PBAKL 2011 kali ini di bawah. Mohon baca syarat-syarat di bawah sebelum mengisi borang ini.

Add a comment

Baca Lagi... [Kupon Bananza PTS]
 
test
Isnin, 21 Mac 2011 12:33

Add a comment
 
Hari Kedua Di Kuching
Sabtu, 19 Februari 2011 23:44

Gambar gambar di sekitar Pasar Serikin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelbagai Barangan buatan tempatan di jual disini.

 

Penjual Satay, menjaja makanan di sekitar pasar Serikin.

Add a comment
 
Kuching
Sabtu, 19 Februari 2011 09:02

Cuaca pagi di Kuching memang sejuk, tambahan pula  pagi ini hujan turun tanpa menghiraukan perasaan kami yang ingin keluar berjalan. Selepas sarapan pagi di restoran berdekatan, kami kembali ke hotel buat seketika sementara menunggu hujan reda sedikit.

Pagi ini kami berhajat untuk ke pasar Serikin yang terletak di  Bau sempadan antara Sarawak dan Indonesia, dari sudut geografi pasar Serikin adalah betul-betul di atas garisan Khatulistiwa. Banyak barang-barang murah disana, sesetengah orang mengatakan pasar Serikin adalah syurga membeli - belah. Semoga perjalanan ke pasar Serikin berjalan dengan sermpuna.

Jumpa lagi..

Add a comment
 
Outing Tugu Negara & Taman Bunga
Ahad, 30 Januari 2011 23:03

Hujung minggu ini terisi dengan aktiviti menarik, sebagaimana biasa setiap sebulan sekurang-kurangnya sekali aku dan beberapa orang geng-geng PTS akan outing, mengambil gambar sambil beriadah di sekitar KL. Kali ini lokasi yang menjadi pilihan aku dan geng-geng PTS ialah di Tugu Negara dan kawasan sekitarnya. Bermula di Tugu Negara, aku mengambil beberapa keping gambar, cuaca kurang baik sedikit, awan yang agak tebal menyukarkan  untuk mendapat 'lighting' yang baik. Walaubagaimana pun outing ini tetap diteruskan.

Selepas mengambil beberapa keping gambar di tugu negara kitaorang beredar menuju ke Taman Burung. Ingatkan hendak masuk ke sana tetapi memandangkan kos untuk masuk ke taman burung tu RM 20,  terpaksa sahaja membatalkan hasrat aku and the geng (hehehhe).  Atas nasihat tuan hisham kami beredar dari situ menuju ke taman bunga  berhampiran taman burung.  Aktiviti outing kami berakhir disitu. Kami bersurai selepas jam 11.00 pagi.

 

Add a comment
 
Entry Update
Sabtu, 29 Januari 2011 01:31

Esok ada outing. Berita pasal outing akan di update esok. Semua peralatan dalam proses..

Add a comment
 
Adobe ConnectNow Fungsi yang menarik
Selasa, 09 November 2010 23:33

Apa itu  Adobe ConnectNow.

Pertama kali saya terlihat term ini pada software Creative Suite CS 5. Saya tidak pasti sama ada sudah wujud sebelum itu atau tidak. Saya mula menerokai system dan ciri-ciri yang terdapat dalam Adobe ConnectNow.  Kesimpulan yang ringkas yang saya boleh katakan adalah, adobe ConnectNow adalah satu aplikasi yang dibina oleh Adobe untuk perkongsian secara online kapada pengguna-pengguna internet terutamanya software adobe.

Ia meliputi perkonsian Skrin, jadual, word, exel, pdf dan termasuklah aplikasi, dengan erti kata lain, pengguna komputer A boleh melihat atau mengubah hasil kerja pengguna komputer B secara maya walaupun mereka berdua saling berjauhan antara satu sama lain. Konsep ini sama sahaja dengan keadah Remote PC. Sekiranya anda biasa dengan software remote PC seperti teamviewer, pasti akan memahami penggunaan Adobe ConnectNow. Perbezaannya hanyalah pada system. Team Viewer menggunakan keadah software iaitu kedua-dua PC mestilah mempunyai software yang sama (Team Viewer), tetapi Adobe ConnectNow berfungsi dengan menggunakan browser internet seperti Mozilla atau chorome (web base).

Adakah perkhidmatan ini percuma ?

Ya. Ada beberapa jenis perkhidmatan Adobe Connetc, untuk penggunaan secara percuma ada had-had yang telah ditetapkan oleh pihak adobe. Anda hanya perlu mendaftar akaun adobe secara percuma. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Adobe ConnectNow boleh layari laman https://acrobat.com.

Selamat Mencuba

Add a comment
 
Simpanan Data Online
Isnin, 08 November 2010 22:55

Banyak tempat simpanan data secara online dan antaranya Adrive.com. Saya mula menggunakan adrive.com pada tahun 2008 sehingga sekarang. Semua file yang hendak di hantar kepada printer dan kawan-kawan yang melebihi saiz 25Mb pasti saya menggunakan perkhidmatan adrive.com.

Kenapa saya memilih adrive. Pertamanya tentulah saya berpuas hati sebab cara yang ringkas dan mudah. Keduanya ruangan yang ditawakan adalah amat besar iaitu sehingga 50gb. Tentulah berbaloi. Kepada teman-teman yang menhadapi masalah menghantar file yang amat besar boleh lah menggunakan adrive.com sebagai alternatif. Tentu anda akan berpuas hati.

Add a comment
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 Seterusnya > Tamat >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Sembang




Komen